Just another WordPress.com site

Posts tagged “prawn fishing

PEMANDANGAN SUNGAI TIMUN


Geng Pancing dari pancing.net yg singgah memancing di Sungai Timun 25/09/2010

GAMBAR GENG PANCING DARI pancing.net yang memancing di Sungai Timun..happy mereka bila menarik udang galah Sungai Timun..Sekiranya anda berminat memancing di Sungai Timun…hubungi kami..kami akan aturkankan untuk anda..


UDANG GALAH SUNGAI TIMUN.






MARI MEMANCING DI SUNGAI TIMUN


MEMANCING ATAU MENYUSURI SUNGAI?

Kami menawarkan khimat sewa bot,trip memancing udang galah,trip menyusuri sungai Linggi,sungai Timun…pakej ini sesuai buat mereka yang gemarkan suasana sungai yang masih belum dicemari…anda boleh melihat kelip-kelip malahan Buaya..
hubungi kami untuk maklumat lanjut


Udang Galah Sungai Timun

Berminat untuk memancing udang galah??

HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN


SUNGAI TIMUN DAN AKTIVITI

Bernama.com
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
‘Tarian Kelip-Kelip’ Gamit Pelancong Ke Sungai Timun
Rencana
Oleh Nurul Halawati Azhari
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) —
Malam masih muda. Ketenangannya meresapi jauh ke lubuk sanubari dan terus kekal di perkampungan nelayan Kampung Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan, kira-kira 80 km dari sini.
Sekumpulan pelancong sedang menuruni tangga jeti kecil di Dataran Nelayan Kampung Sungai Timun untuk menaiki bot yang boleh memuatkan enam orang penumpang itu.
Malam itu mereka akan dibawa menyusuri arus Sungai Timun yang tenang bagi melihat kelip-kelip tumpang bertenggek di pohon berembang yang hidup subur di sepanjang tebing berpasir Sungai Timun.
Jika petang tadi mereka puas memancing ikan dan udang galah, malamnya pula mereka dijanjikan dengan pemandangan menarik, melihat kunang-kunang berterbangan dan menari-nari hinggap dari satu daun ke satu daun menerangi gelap pekat malam.
Umpama satu persembahan yang mengagumkan di sebuah tempat yang dipenuhi keajaiban.
Khabarnya, kelip-kelip di Sungai Timun jumlahnya lebih meriah berbanding habitat seumpamanya yang terdapat di Semenanjung. Ini menurut kata salah seorang ejen syarikat pelancongan yang pernah berkunjung ke situ.
DESTINASI PELANCONG

Bagi Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Sungai Timun, Alias Busu, 45, keistimewaan Sungai Timun itu baru kini disedari oleh orang luar selepas usaha mempromosikannya sebagai salah satu destinasi menarik di Negeri Sembilan.
Kampung nelayan itu dahulunya hanya dikenali sebagai tempat untuk nelayan menangkap ikan dan juga udang galah yang harganya mencecah RM48 sekilogram.
Namun, sejak kerajaan negeri dan juga Majlis Tindakan Pelancongan menyedari akan potensi eko-pelancongan yang ada di kampung tersebut, perlahan-lahan perancangan menjadikan ia pusat tarikan pelancong mula dijalankan.
Malah untuk tahun ini sahaja, Jabatan Perikanan telah meluluskan untuk menyalurkan bantuan sebanyak 300,000 benih udang galah yang dilepaskan ke dalam sungai ini. Sehingga kini, jumlah yang telah dilepaskan ke dalam Sungai Timun ialah sebanyak 80,000.
“Sebagai sebuah kawasan yang bercirikan alam semulajadi, apa yang ingin dibangunkan di sini bukanlah sesuatu yang boleh memusnahkan alam serta habitat semulajadinya. Persatuan Nelayan Sungai Timun berharap apa yang kami jalankan di sini dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung,” kata Alias.
KELIP-KELIP, BELITUNG DAN POHON BEREMBANG

Menurut Alias, dalam usaha menjadikan Sungai Timun sebagai lokasi tumpuan pelancong yang ingin melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada waktu malam, beberapa perkara juga harus dititikberatkan.
Persatuan mereka turut menjalankan kerjasama dengan sebuah agensi pelancongan yang berminat menyenaraikan lawatan ke Sungai Timun sebagai salah satu pakej pelancongan yang disediakan oleh syarikat berkenaan.
Antaranya ialah mencari formula untuk mengekalkan populasi kelip-kelip tersebut agar terus membiak dan bertahan lama di Sungai Timun.
Seperti yang diterangkan oleh seorang profesor dari sebuah institut penyelidikan Taiwan yang pernah berkunjung ke situ bersama agensi pelancongan tersebut, tiga perkara utama yang berkait untuk mengekalkan populasi ini ialah kelip-kelip, belitung dan daun berembang.
“Daun berembang ni, apabila jatuh ke sungai akan menjadi makanan siput. Jadi daun tu tidak akan bergerak atau hanyut mengikut arus. Kelip-kelip pula akan bertelur di atas daun berembang yang dimakan oleh siput tadi. Sekaligus menyatakan kebersihan sungai juga perlu dijaga agar tidak tercemar bagi menjamin kepupusan siput tadi serta ekologinya,” jelas Alias.
BUAYA ‘BAIK
Jika bernasib baik, ketika sedang mudik sungai yang dalamnya antara tujuh hingga 10 meter ini, pengunjung mungkin dapat melihat kawanan buaya berjemur.
Menurut Datuk Penghulu Rembau yang turut hadir sewaktu sesi lawatan media yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri serta Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan itu, Tuan Haji Dahalan Abdullah, terdapat kira-kira 3,000 reptilia tersebut di sekitar Sungai Linggi dan Sungai Timun.
“Biasanya reptilia ini akan berjemur atas dataran lumpur yang terbentuk selepas air laut surut di pertemuan Sungai Linggi dan Sungai Timun. Tapi janganlah risau kerana sehingga kini belum pernah berlaku sebarang kemalangan yang membabitkan reptilia ini. Kawanan buaya di sini dianggap sebagai sahabat dan ‘baik’.
“Lagipun, sungai di sini dan sekitarnya masih lagi terpelihara dan dipenuhi dengan sumber makanan untuk reptilia tersebut seperti ikan, udang serta kera,” jelas Datuk Penghulu Dahalan.
Lebih membanggakan mereka untuk memperkenalkan kawasan tersebut adalah berikutan Sungai Timun juga adalah laluan sejarah buat Negeri Sembilan. Sungai tersebut menjadi laluan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera untuk dilantik sebagai Yamtuan Negeri Sembilan.
Baginda menaiki takhta sebagai Yamtuan pertama pada 1773 dan bersemayam di Penajis, Rembau.
KEMUDAHAN UNTUK KAKI PANCING



Bagi memberi keselesaan kepada para pengunjungnya, penduduk dan ahli Persatuan Kampung Nelayan Sungai Timun telah mengambil langkah-langkah persediaan.
Selain persatuan menyediakan kemudahan sewaan bot untuk pakej memancing dan melihat kelip-kelip (harga sekitar RM15-RM200 bergantung kepada saiz bot serta jenis pakej).
Mereka juga telah menyediakan dua buah kemudahan domitari dengan enam buah katil dua tingkat dalam setiap domitori buat para pemancing. Sebuah medan selera serta tandas awam turut dibina berhampiran. Secara tidak langsung telah memberi peluang perniagaan serta pekerjaan kepada penduduk setempat.
Apa yang lebih membanggakan, persatuan turut mengeluarkan perbelanjaan sendiri sebanyak RM20,000 untuk menceriakan Dataran serta Dewan Terbuka yang telah pun dibina oleh pihak Majlis Daerah.
Itulah antara usaha yang dijalankan secara gotong-royong oleh penduduk kampung tersebut yang nampaknya sangat gembira untuk menempatkan nama Kampung Sungai Timun sebagai salah satu lokasi menarik dalam peta pelancongan Negeri Sembilan khususnya.
— BERNAMA

Berminat memancing atau bercuti di Sungai Timun Sila SMS/CALL 0163143695 AIYIM